LAPORAN USRAH GABUNGAN SMIH (KUMP: Us. Shahidah, Us. Shamtidar, Us. Zurina)

Alhamdulillah, satu Usrah Gabungan yang mengumpulkan ahli ahli daripada 3 kumpulan usrah telah diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh: 25/8/2021

Hari: Rabu

Masa: 9.15-10.30 mlm

Medium Googlemeet .

Seramai 23 orang  telah berpeluang untuk hadir bersama sama di dalam Program ini.Program selama 1 jam 15 minit ini telah diisi dengan sesi taaruf Bersama ahli, sesi tayangan video pendek serta perkongsian ibrah dari video yang ditonton.

Ia diakhiri dengan satu rumusan dan penutup  yang padu juga menyimpulkan objektif program. Penghujung program ini pula telah dapat diselitkan satu  sesi bergambar beramai ramai .

Semoga Program ini telah dapat mencapai hadaf untuk kali ini dan bermanfaat kepada semua yang hadir .

 In syaa allah.

U Zurina bt Ramly

b/p : Pengurus Tarbiah Staf SMIH

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda