LAPORAN KEM TAHFIZ LEVEL (1-2) JULAI 2021

Bersempena dengan cuti pertengahan penggal semester kedua,Bidang Tahfiz Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor Bahru telah menganjurkan Program Kem Tahfiz Level (1-2) yang melibatkan pelajar dari tingkatan 1 hingga 5 dengan bertemakan ” Al-Quran Cahaya Penyelamat Dunia Akhirat “.Program ini diadakan bermula 16 sehingga 17 Julai 2021 bermula 8 pagi hingga 1 petang.Objektif kem ini diadakan adalah untuk melahirkan pelajar tahfiz yang mencintai al-Quran disamping meningkatkan kesedaran mereka akan kepentingan menghafal Al-Quran dengan betul dan menepati tajwid.Selain itu,kem ini juga telah melibatkan seramai 29 fasilitator yang terdiri daripada kalangan guru dan alumni.Program ini telah diadakan selama dua hari secara atas talian menggunakan medium “Google Meet”.Sehubungan dengan itu, asatizah bidang tahfiz telah mengambil inisiatif untuk mengadakan pelbagai aktiviti sepanjang kem ini dijalankan.Program ini telah dimulakan dengan ucapan perasmian daripada Puan Pengetua,Puan Seri Julie Emas Wati Binti Adnan diikuti dengan ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Abdul Muhaimin dengan tajuk ” Lelahku Bersama Al-Quran “.Di samping itu,terdapat aktiviti lain yang berjaya dilaksanakan bagi menarik minat pelajar menyertai program ini iaitu menjawab kuiz menggunakan medium ” Quizizz” dan aktiviti ” pass ayat ” yang mana pelajar perlu memilih seorang rakannya untuk menyambung bacaan hafazan.Secara keseluruhannya,program ini berjaya dilaksanakan dengan jayanya.Semua warga sekolah iaitu para asatizah,pelajar-pelajar,dan penjaga telah memberikan kerjasama yang sangat baik.Diharapkan agar program ini dapat memberi manfaat kepada para pelajar agar dapat melatih diri untuk memanfaatkan masa dengan menghafal Al-Quran. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada barisan pentadbir dan para asatizah Sekolah Menengah Islam Hidayah,Johor Bahru.Disediakan oleh:Muhammad Rafiqi Hazim Bin Rahmat Pengarah Kem Tahfiz Level (1-2) Julai 2021 SM Islam Hidayah Johor Bahru.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda