Kursus DISCORD SMIHJB (Anjuran SMIHJB dan PIBG SMIHJB )

6 August 2021

Alhamdulillah pada Jumaat 6 Ogos 2021, telah berlangsung Kursus Discord melibatkan 64 orang guru-guru Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor Baharu . Kursus anjuran bersama SMIHJB dan PIBG SMIHJB yang telah berlangsung selama lebih 1 jam ini, dikendalikan oleh Dr Shaliza Abd Halim Khamaruzaman, Pensyarah Kanan dan Penyelaras Program, Sekolah Komputeran Fakulti Kejuruteraan Universiti Teknologi Malaysia,Skudai. Antara pengisian kursus ini ialah aturmula papan Maya Discord, perkongsian server dan tetapan keselamatan akaun Discord. Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan bersama untuk PdPR yang berkualiti dan berkesan.

Kongsikan dan Sebarkan