LAPORAN BENGKEL TEKNIK MENJAWAB BAHASA ARAB KSSM DALAM TALIAN.

Alhamdulilah, bidang bahasa Sekolah Menengah Islam Hidayah, di bawah penganjuran  Panitia bahasa Arab telah berjaya melaksanakan bengkel teknik menjawab bahasa Arab KSSM secara dalam talian yang disampaikan oleh penceramah berpengalaman, Ustaz Fakhrul Razi Bin Sidek. Ketua Pentaksir Bahasa Arab Negeri Johor. Bengkel selama dua jam itu telah menyasarkan penyertaan kepada semua pelajar tingkatan 5 atau lebih tepat calon-calon SPM 2021. Bengkel kali ini turut disertai pelajar dari Sekolah Menengah Islam Usahawan Al-Amin Ulu Klang. Objektif penganjuran bengkel ini untuk memberikan pendedahan dan membiasakan pelajar dengan format peperiksaan bahasa Arab SPM KSSM. Bengkel ini diadakan pada waktu pagi bermula pukul 10.00-12.30 tengahari.   Situasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 menyebabkan bengkel dijalankan secara dalam talian dan tidak secara bersemuka, langsung tidak mematahkan semangat pelajar untuk terus memburu ilmu walaupun terdapat kekangan capaian Internet yang kurang memuaskan kerana alah bisa tegal biasa kerana mereka sudah terbiasa dengan kelas pdpr secara dalam talian. Semoga bengkel ini mencapai objektifnya dan usaha yang berterusan akan menghasilkan kejayaan dalam  peperiksaan SPM 2021 kerana usaha tangga kejayaan.

Disediakan oleh,
Ustazah Normely A.Razak
Panitia Bahasa Arab SMIH

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda