TAJUK: MABIT & DAURAH KATIBAH TINGKATAN 3

Alhamdulillah, pada hari Khamis dan Jumaat, 8 & 9 Julai 2021 yang lalu telah berlangsung MABIT dan Daurah Katibah untuk semua pelajar Tingkatan 3 .

Seramai 160 orang kehadiran pelajar Tingkatan 3 telah mengikuti pengisian MABIT pada malam Jumaat itu dengan tajuk, Taqwa. Pengisian telah disampaikan oleh Saudara Muhammad Hanif Mohd Noor, Alumni SMIH Batch 15.

Manakala Daurah Katibah KUA dengan tajuk Sejarah Usrah pada Jumaat pagi keesokannya telah disampaikan oleh Saudara Muhammad Amin Syukri Bin Zulkifly yang merupakan Alumni SMIH dengan kehadiran seramai 95% yang menggabungkan murid banin dan banat.

Katibah KAT dan KUZ pula telah berlangsung pada hari yang sama dengan tajuk Ghazwul Fikr. Slot pengisisan telah diadakan secara berasingan antara banin dan banat. Seramai 88% murid telah menghadirkan diri dan penyampaian telah disampaikan oleh Saudari Nur Zikrena binti Hairunazri bagi banat serta Saudara Arif Fikri Bin Hamidi bagi banin yang mana kedua-duanya merupakan Alumni SMIH.

Semoga Daurah dan MABIT ini dapat meningkatkan ilmu dan kefahaman semua peserta serta mampu diamalkan dalam seharian in syaa allah.Amin

Khadijah Salim
Penyelaras Tarbiah Ting.3 2021

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda