Pertandingan Energy Efficiency Challenge (EE Challenge) 2021.

Salam dan Selamat Sejahtera,

Jemputan Untuk Menyertai Pertandingan Energy Efficiency Challenge (EE Challenge) 2021.

Untuk makluman YBhg. Dato’/ Datin/ tuan/ puan, Suruhanjaya Tenaga (ST) telah bersetuju untuk menganjurkan pertandingan EE Challenge bagi tahun 2021. EE Challenge julung kalinya dilaksanakan pada tahun 2014 dan telah menjadi acara tahunan ST kerana mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pihak sekolah.

Tujuan utama pertandingan ini diadakan adalah untuk:

  1. Membudayakan kehidupan cekap tenaga di kalangan generasi muda bagi memastikan tenaga dapat digunakan dengan sebaiknya.
  2. Mendidik dan memupuk budaya kecekapan tenaga di kalangan orang awam.
  3. Memberi kesedaran kepada orang awam mengenai kesan kecekapan tenaga kepada alam sekitar.
  4. Mempromosikan Suruhanjaya Tenaga sebagai badan kawal selia elektrik dan bekalan gas berpaip

.

Oleh kerana wabak pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berterusan, ST telah bersetuju untuk meminda format pertandingan yang memfokuskan dari sekolah-sekolah menengah kepada orang awam.

Terdapat 4 kategori utama yang dipertandingan bagi tahun ini dan rumusan adalah seperti berikut:

#posterchallenge
#video4challenge
#articlechallenge
#promote2challenge

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Ustazah Rosmawati bt Ahmad (0137013006 – WA)

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda