ANUGERAH IKRAM MUSLEH 2020

Alhamdulilah, kita panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi atas kurniaan yang diberi. Pihak Sekolah Rendah Islam Hidayah mengucapkan tahniah  dan sekalung penghargaan kepada para penerima Anugerah IKRAM MUSLEH 2020 seperti di bawah:

  1. Aina Afrahana Mohd Adly-Anugerah Syahadah Pelajar IKRAM MUSLEH SRI 2019
  2. Wan Amirul Rashid bin Mohd Nizam-Anugerah Tokoh TKRSM
  3. Hanis Sakinah binti Zulkifli-Anugerah Tokoh TKRSM
  4. Siti Aisyah binti Suhaimi-Anugerah Umar Al Khattab(Tokoh Kepimpinan) dan Anugerah Al Ghazali(Tokoh Sahsiah Terpuji)
  5. Muhammad Aqil Fahmi bin Mohammed Ali-Anugerah Sa’ad bin Abi Waqas (Tokoh Ko-Kurikulum Terbaik)

Untuk makluman semua, tujuan penganugerahan ini diwujudkan untuk mengiktiraf pencapaian murid murid yang berkemampuan dalam pelbagai aspek yang dinilai. Pemilihan adalah berdasarkan murid terbaik dalam Sekolah Rangkaian IKRAM MUSLEH SeMalaysia mengikut kategori yang ditetapkan.

Marilah kita berdoa agar semua murid ini terus menjadi anak yang soleh, musleh dan cemerlang walau di mana-mana mereka berada.

Tahniah diucapkan sekali lagi, dari pihak pengurusan  dan warga Sekolah Rendah Islam Hidayah di atas penganugerahan ini.

Klik pautan untuk gambar
https://www.facebook.com/media/set?vanity=srihidayahjb&set=a.405411344162688

Jawatankuasa Pengurusan Sekolah

Sek Ren Islam Hidayah, Johor Bahru

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda