Super Science High School (SSH) Student Fair di Jepun

Pada 9-13 Ogos 2016, dua orang pelajar tingkatan 2 dari Sekolah Menengah Islam Hidayah, Johor iaitu Nur Hazirah Zainal & Hafizatul Syahirah Mohd Syahrizal diringi ustazah Afifah Kamarul Baharin telah menyertai sebuah program di Kobe, Jepun.

Programnya adalah Super Science High School (SSH) Student Fair yang berlangsung pada 10-11 Ogos 2016. Kumpulan pelajar ini telah memenangi STEM Apps Challenge yang dianjurkan oleh MagicX dengan kerjasama Perintis, UTM, dan beberapa badan lain. Oleh itu ASM telah menghantar dua pelajar ini bersama guru pengiringnya untuk menyertai Students Fair tersebut bagi mewakili Malaysia.

Tujuan ASM menghantar mereka adalah untuk mempamerkan game apps yang telah dibangunkan ketika program STEM Apps Challenge. Ia juga untuk memberi peluang dan pendedahan pelajar-pelajar ini belajar sesuatu yang baru daripada pelajar-pelajar luar negara yang lain mengenai pembelajaran sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik.

Dua pelajar ini telah memberi idea untuk membuat education game ‘Geniuz Animal’ berkenaan kategori haiwan berdasarkan pemakanannya (herbivor, karnivor dan omnivor). Dengan bantuan dan kerjasama dari Dr. Shahrizal dan En. Naim dari MagicX, idea game mereka dapatkan dibangunkan. Jazakumullah juga pada ahli keluarga, guru-guru serta rakan-rakan pelajar yang telah memberi sokongan.

Gambar-gambar yang lain boleh dilihat di Facebook rasmi sekolah (https://www.facebook.com/SekolahIslamHidayah/)

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda