INDUKSI TAHUN 1, TAKLIMAT IBUBAPA dan BEBERAPA PEMAKLUMAN LAIN

alt

Pihak sekolah ingin memaklumkan bahawa Unit Kemasukan dan Rekod akan mengadakan program Induksi Tahun 1 bagi semua murid Tahun 1 sesi 2014.

INDUKSI TAHUN 1, TAKLIMAT IBUBAPA dan BEBERAPA PEMAKLUMAN LAIN

Semoga tuan/puan berada dalam lindungan dan rahmat Allah s.w.t.

Merujuk kepada perkara di atas, pihak sekolah ingin memaklumkan bahawa Unit Kemasukan dan Rekod akan mengadakan program Induksi Tahun 1 bagi semua murid Tahun 1 sesi 2014. Satu taklimat ibu bapa juga akan diadakan serentak dengan program induksi ini. Butiran program adalah seperti berikut :

Aktiviti A : Induksi Tahun 1 (murid-murid)

            Tarikh              : 31 Disember 2013 (Selasa)

            Masa                : 8.00pg – 10.30pg

            Tempat             : Kelas masing-masing

Aktiviti B : Taklimat Ibu bapa (ibu bapa/penjaga)

            Tarikh              : 31 Disember  2013 (Selasa)

            Masa                : 8.30pg – 10.30pg

            Tempat             : Dewan Badar – Bangunan Amanah

2.         Semua murid diminta :

i .         Memakai pakaian sekolah yang lengkap (kasut dan stokin hitam)

ii.         Membawa peralatan menulis dan mewarna

3.         Adalah dimaklumkan waktu persekolahan bagi murid Tahun 1 adalah seperti berikut :

HARI

MASA

Ahad, Rabu & Khamis

7.40 pagi ~ 2.30 petang

Isnin

7.40 pagi ~ 4.00 petang

Selasa

7.40 pagi ~ 3.15 petang

4.         Minggu Pertama persekolahan iaitu 1 & 2 Januari 2014 (Rabu & Khamis) adalah minggu transisi dan jadual transisi akan diberikan kepada murid-murid semasa hari induksi Tahun 1. Masa rehat murid-murid adalah pada  jam 9.45 – 10.35pg.

5.         Mulai minggu ke-2 persekolahan 2014 (Ahad, 5 Januari 2014), waktu rehat bagi murid tahun 1 ialah pada jam 10.15 – 10.35pg. Oleh itu diminta kerjasama ibu bapa untuk memastikan anak tuan/puan membawa wang yang mencukupi atau membawa bekal makanan.

6.         Ibu bapa diminta memastikan murid-murid mengenali kenderaan mereka apabila pulang dan jadual pulang kenderaan tersebut.

7.         Diharap ibu bapa dapat memastikan nama murid dan nama kelas ditulis pada semua buku dan peralatan murid terutamanya kasut sekolah, kopiah dan beg.

8.         Murid-murid digalakkan membawa selipar untuk solat bagi mengelakkan tertukar kasut di surau sekolah. Bagi murid-murid perempuan Tahap 1 (Tahun 1 – 3) tidak diwajibkan memakai telekung semasa solat memadai dengan memakai tudung sekolah dan stokin.

9.         Jadual waktu belajar akan diedarkan, InsyaAllah pada hari Ahad minggu kedua persekolahan.

Sekian, untuk makluman dan perhatian tuan/puan. Segala kerjasama yang diberikan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

“ Bersama menjana “Dana Hidayah”

Maybank (551306500918) / Muamalat (01020001215710)

http://dana.hidayah.edu.my


Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda