Pelajar SMIH Wakil Johor di SUKMA 2016

Dua orang atlet memanah pelajar SMI Hidayah JB terpilih mewakili Kontinjen Johor ke Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) di Sarawak pd 22-31 Julai 2016. Mereka ialah: 1. Muhammad Arief Haikal Ezaidin (kanan atas) 2. Nurin Hanisah Shahrin (kiri bawah) Moga selamat pergi dan kembali dan pulang menjulang nama Hidayah dan Johor dengan kejayaan. Amin.

Pn. Siti Salwa dilantik sebagai pemangku Guru Besar SRIH Johor Bahru

Pn. Siti Salwa Abd Samad (gambar) telah dilantik sebagai pemangku Guru Besar Sekolah Rendah Islam Hidayah (SRIH) Johor Bahru selama ketiadaan Guru Besar SRIH Johor Bahru, Pn. Rohaida Ridzwan yang telah berangkat ke Tanah Suci Makkah bersama suaminya untuk mengerjakan ibadah Haji. Mari doakan agar mereka dikurniakan Haji Mabrur, Insha Allah.

Super Science High School (SSH) Student Fair di Jepun

Pada 9-13 Ogos 2016, dua orang pelajar tingkatan 2 dari Sekolah Menengah Islam Hidayah, Johor iaitu Nur Hazirah Zainal & Hafizatul Syahirah Mohd Syahrizal diringi ustazah Afifah Kamarul Baharin telah menyertai sebuah program di Kobe, Jepun. Programnya adalah Super Science High School (SSH) Student Fair yang berlangsung pada 10-11 Ogos 2016. Kumpulan pelajar ini telah […]