Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bil. 14 Tahun 2013

Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 15 Ogos 2012 telah bersetuju meluluskan pindaan kepada Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan. Justeru, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) diarahkan supaya mengambil langkah-Iangkah wajar bagi menjamin kesihatan dan keselamatan murid-murid di sekolah-sekolah yang berada di dalam kawasan jerebu yang kritikal.

Pihak Jabatan Alam Sekitar telah mengumumkan bahawa tafsiran Indeks Pencemar Udara  (IPU) atau Air Pollutant  Index (API) adalah seperti berikut:

0-50 (Baik)
51-100 (Sederhana)
101-200 (Tidak Sihat)
201-300 (Sangat Tidak Sihat)
>301 (Berbahaya)

Sehubungan  dengan  itu, pihak sekolah  diingatkan  supaya  mengambil langkah- langkah berikut jika  fenomena   berjerebu   melanda  kawasan  atau  daerah  di mana sekolah itu berada.

  1. Jika IPU(API) melebihi 150, pihak sekolah hendaklah menghentikan semua aktiviti di luar bilik darjah yang melibatkan murid-murid berisiko tinggi dengan fenomena tersebut.
  2. Jika IPU(API) melebihi 250, pihak sekolah hendaklah menghentikan semua aktiviti kokurikulum dan aktiviti di luar bilik darjah.
  3. Semua sekolah yang berada di dalam kawasan atau daerah yang mempunyai IPU(API) melebihl 300 hendaklah ditutup dengan serta merta.
  4. Pihak sekolah hendaklah hendaklah sentiasa mengikuti perkembangan semasa melalui media massa mengenai fenomena jerebu di kawasan atau daerah maslnq-maslnq supaya mudah untuk mengambil tindakan. Maklumat mengenai status IPU(API) juga boleh didapati dengan melayari laman sesawang Jabatan Alam Sekitar, www.doe.gov.my/aplms/.
  5. Murid-murid dinasihatkan memakai psnutup hidung (nasal mask) dan ban yak minum air.
  6. Pihak sekolah hendaklah merujuk murld-murid yang didapati tidak sihat ke klinik atau hospital berhampiran.
  7. Ibu bapa yang bimbang akan kesihatan anak mereka dibenarkan tidak menghantar anak mereka ke sekolah dan pihak sekolah hendaklah dimaklumkan akan hal ini.
  8. Semua jenis peperiksaan termasuk peperiksaan awam hendaklah diteruskan.

 

 

 

 

 

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda