Kontinjen Smih Pertahankan Kejuaraan, Karnival Sukan MGBSIM 2013

alt

Pada 25 – 28 Mei 2013, telah berlangsung Karnival Sukan, Majlis Guru Besar Sekolah Islam Musleh (MGBSIM) yang dianjurkan oleh SRI – SMI Al-Hidayah, Ipoh, Perak.  Program ini adalah acara tahunan yang diadakan sejak tahun 2010. Pada awalnya, program tahunan ini menggabungkan acara Sukan dan Amal Islami seperti pertandingan syarahan, Tilawah dan lain – lain. Bermula pada tahun 2012 pertandingan ini dipisahkan dan dilaksanakan secara berselang tahun.

 Pada tahun ini giliran acara sukan diadakan. Sekolah Menengah Islam Hidayah telah menjadi Juara Kejohanan pada tahun 2010, 2011 dan 2012. Para atlet SMIH telah memulakan latihan seawal tahun untuk terus mempertahankan kejuaraan. Kita menghantar seramai 49 orang Atlet yang diketuai oleh Saudara Zaid Nasruddin dan diiringi oleh 6 orang guru pengiring. Persediaan telah dibuat secara rapi termasuklah menyertai Pertandingan Sukan MSSD Johor Bahru dan Alhamdulillah, pada tahun 2013 sekali lagi Kontinjen SMIH, Johor Bahru diangkat sebagai JUARA dengan pungutan pingat 13 Emas jauh meninggalkan pesaing terdekat Sekolah menengah Al-Islah Sungai Petani, Kedah dengan pungutan 4 pingat Emas.   

Ucapan terima kasih ditujukan kepada Pengetua Sekolah Menengah Islam Hidayah, Puan Fauziah bt Abdul Salam, Ketua Jabatan Kokurikulum, Ustaz Ezaidin bin Norman, guru – guru pengiring dan jurulatih (Ustaz Ezaidin Norman, Ustaz Azmen Yusof, Ustaz Azri Ali, Ustaz Mohd Syafiq Abdul Aziz, Saudara Nik Mohd Abir Al-Islami, En. Norshafiee Sadikin, Ustaz Hafiz Nazar, Ustazah Hanim Jasman, Ustazah Siti Amirah Abdul Rahim, Ustazah Syaima’ Adibah Hassan), guru – guru penolong kanan, barisan guru – guru dan juga para atlet dan pelajar yang turut membantu menjayakan Kontinjen Karnival Sukan MGBSIM 2013.   

Keputusan penuh akan dikemaskini kemudian.

Untuk melihat gambar – gambar Atlet – atlet kita boleh melayari link dibawah :

https://www.facebook.com/media/set/?set=a.393363867443160.1073741824.198139383632277&type=1

Boleh lihat juga sedutan daripada pihak penganjur :

https://www.facebook.com/media/set/?set=a.388665821247258.1073741827.262126360567872&type=1

https://www.facebook.com/photo.php?v=544118902296463

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda