CEMERLANG : GANGSA MSSD SEPAK TAKRAW

alt

Pada 17 – 19 April 2013, kita telah menghantar dua pasukan untuk menyertai Kejohanan Sepak Takraw MSSD Johor Bahru, kategori L15 dan L18. Pada kejohanan tersebut, kedua – dua pasukan kita membawa pulang pingat gangsa, iaitu L18 mendapat tempat ke-3 dan L15 mendapat tempat ke-4.

 

Pada peringkat separuh akhir, pasukan Sepak Takraw L18 tewas kepada pasukan daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Universiti 2 yang dibarisi oleh pemain – pemain yang mewakili negeri Johor ke peringkat MSSM. Pada penentuan tempat ke-3 dan ke-4, kita berjaya menewaskan pasukan SMK Dato’ Jaafar.   

alt

Pasukan Sepak Takraw L-15 juga berjaya ke peringkat separuh akhir, tetapi tewas kepada pasukan SMK Aminuddin Baki. Walaupun demikian, kita tetap berjaya membawa pulang pingat gangsa setelah menduduki tempat ke-4.

Terima kasih ditujukan kepada Ustazah Fauziah bt Abdul Salam (Pengetua), Us. Seri Juli (PK Akademik), Ustaz Ezaidin (Ketua Jabatan Ko-k), Ustaz Azri (JK Unit Sukan), Us. Syafiq (S/U Sukan), Ustaz Hafiz (Guru Sukan), En. Norshafie dan semua pihak yang telah membantu menjayakan kecemerlangan sukan di Hidayah. 

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda