Tahniah Dr Zaid bin Omar. Zaid adalah bekas pelajar Sekolah Menengah Islam Hidayah (SMIH) JB. Beliau mengungguli semua bekas pelajar SMIH yang lain apabila berjaya menjadi bekas pelajar sulung yang mendapat PhD.

 

Dr Zaid merupakan anak kedua kepada pasangan Prof Dr Omar Yaakob (Lembaga Pemegang Amanah Hidayah) dan Ustazah Hasenah Che Amat (guru SMIH). Dia juga adalah menantu kepada Ustaz Alias Othman. 

Dr Zaid menghabiskan persekolahannya di SMIH pada tahun 2000. Ia kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Universiti Teknologi Malaysia mengikuti kursus Kejuruteraan Elektrik. Selepas graduate beliau bekerja di industri selama setahun dan kemudiannya menjadi Tutor di Fakulti Kejuruteraan Elektrik UTM pada tahun 2007. 

Beliau menyambung master di University of Sheffield dan graduate pada tahun 2008.  Zaid kemudiannya mendaftar pengajian PhD nya di Imperial College, London pada tahun 2009 dan mendapat PhD pada 1 December 2012.  Zaid kini menjadi pensyarah di Fak Kej Elektrik, UTM.

Selain menjadi ahli akademik, Dr Zaid juga aktif dalam kerja-kerja dakwah dan kebajikan melalui NGO IKRAM. Beliau kin menjadi Presiden Alumni SMIH.

~ Gambar-gambar dari fb Zaid Omar

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda