Orentasi Pelajar Ting 1 SMIH

Program orientasi tingkatan 1 yang diadakan setiap tahun akan bermula pada 31 dis 2012 jam 8 pagi. Mohon semua ibubapa agar dapat menepati waktu supaya anak jagaan tuan/puan dapat mengikuti setiap slot sepertimana yang telah dijadualkan.

Maklumat seperti perkara di atas telah disertakan dalam surat tawaran tingkatan 1, 2013.

Pakaian bagi pelajar tingkatan 1 semasa hari orientasi pada 31 disember 2012 – 1 jan 2013:

Lelaki : Baju kemeja berkolar dan berkasut.
Perempuan : Baju kurung bertudung labuh, berkasut.

Peralatan yang perlu di bawa :

  1. Keperluan pakaian dan peribadi
  2. Pakaian solat ( Baju Melayu bagi lelaki, telekung bagi
  3. perempuan)
  4. selipar untuk ke tandas
  5. Ubat peribadi jika perlu
  6. Al Quran
  7. Buku nota dan alatulis.

Tidak perlu memakai uniform sekolah.
Tidak dibenarkan membawa sebarang peralatan elektronik / Telefon bimbit.

Ibubapa dibenarkan mengambil anak jagaan mereka selepas solat zuhur pada 1 Jan 2013.

Semoga anak tuan puan akan memperolehi manfaat dalam program orientasi ini sebelum memulakan sesi persekolahan bagi tahun 2013.

Fauziah Ab Salam

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda