Berikut adalah panduan pakaian seragam murid SRIH:
Lelaki
- Baju putih sekolah berlengan pendek (lengan panjang tidak dibenarkan)
- Seluar sekolah biru tua
- Kasut hitam penuh jenis kain kanvas (garisan dan corak berwarna tidak dibenarkan PVC dan kulit tidak dibenarkan)
- Stoking hitam penuh (berbelang tidak dibenarkan)
- Jika memakai t-shirt di bahagian dalam baju- mestilah berwarna putih penuh (bercorak & berwarna tidak dibenarkan kecuali t-shirt sukan sekolah)
Perempuan
- Baju kurung putih berpesak
- Kain biru tua
- Kasut hitam penuh jenis kain kanvas (garisan dan corak berwarna tidak dibenarkan PVC dan kulit tidak dibenarkan)
- Stoking hitam penuh (berbelang tidak dibenarkan)
- Tudung putih penuh tidak berenda, tidak jarang.
- Anak tudung (serkop kepala) putih/hitam. Bagi tahun 4-6, tudung mestilah labuh mencecah pinggang pada bahagian depan & belakang manakala bahagian sisi mestilah minimum mencecah ke siku.
Pakaian TKRS (Tahun 4-6)
- T shirt TKRS yang dijual di SIH Niaga (yang dijual diluar tidak sama seperti yang ditetapkan oleh TKRS Musleh)
- Track suit hitam penuh
- Barret
- Kasut kanvas hitam penuh
- Stoking hitam penuh
- Tudung hijau tua dengan labuh depan dan belakang serta mencecah siku di bahagian sisi.
- Anak tudung hitam
Pakaian Pendidkan Jasmani
- T-shirt sukan SRIH (lama / baru) atau T-Shirt putih penuh (berwarna/bercorak tidak dibenarkan.
- Seluar sukan hitam / biru gelap penuh
Moga panduan ini dapat membantu pihak tuan/puan dalam menyediakan keperluan sekolah anak-anak.
ROHAIDA RIDZWAN
Guru Besar SRIH