Kedai Buku SRIH Online

Dengan penuh kesyukuran, sukacita diumumkan bahwa portal Kedai Buku SRIH Online kini boleh digunakan.  Dengan adanya portal ini ibu bapa pelajar Sekolah Rendah Islam Hidayah (SRIH) boleh membuat tempahan buku-buku  dan barangan keperluan pembelajaran secara online mulai 6 November 2012.

 SIH Niaga telah diberi tanggungjawap oleh sekolah untuk mengendalikan jualan buku di SRIH. Jualan buku tahun-tahun sebelum ini telah menimbulkan banyak masalah kepada ibu bapa pelajar. Untuk mengelakkan masalah yang sama berulang pihak sekolah telah mencadangkan SIH Niaga menyediakan Kedai Buku SRIH Online. 

Portal Kedai Buku SRIH Online menyediakan kemudahan tempahan dan pembayaran secara online. Semua buku-buku yang akan digunakan pelajar SRIH dari Tahun 1 hingga Tahun 6 untuk sesi 2013 kini sedia untuk ditempah. Ia boleh dicapai secara online melalui web Sekolah Islam Hidayah melalui menu BELI BUKU.

Portal ini telah dibangunkan oleh sekumpulan ibu bapa pelajar Sekolah Islam Hidayah secara sukarela. Ia menggunakan opensource yang diubahsuai untuk kegunaan Sekolah Islam Hidayah. Alhamdulillah sistem yang dibangunkan dikira setaraf dengan sistem jualan online ternama yang ada di pasaran internet.

Pihak SIH Niaga telah menetapkan tarik-tarik seperti berikut:

Tempahan Online dan bayaran 6 -25 Nov 2012
Pengambilan Buku  18 -19 Dec 2012

Untuk setakat ini, pembayaran hanya boleh dibuat menggunakan Bank Islam sahaja. Pihak SIH Niaga sedang berusaha keras untuk menyediakan kemudahan pembayaran menggunakan bank-bank lain dengan lebih mudah.

Setiap tempahan online perlu disahkan dengan bayaran. Tempahan yang tidak disahkan dianggap tidak sempurna dan buku-buku yang ditempah tidak akan disediakan.

Melalui tempahan online ini, pihak SIH Niaga tidak menyediakan penghantaran buku ke alamat pembeli. Ia sebaliknya, memerlukan pihak pembeli datang ke Kedai SRIH yang terletak di SRIH.

Kedai Buku SRIH Online hanya menawarkan sistem tempahan buku untuk pelajar SRIH sahaja. Ia tidak melibatkan sistem jualan buku Sekolah Menengah Islam Hidayah (SMIH).

Kongsikan Kiriman Ini

Share on facebook
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on linkedin
Share on twitter

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda