Semarak Ramadhan Di Sek Ren Islam Hidayah

Pada 13/07/2012 telah berlangsungnya Perlancaran  Program Semarak Ramadhan di Srih bermula pada dari jam 8.30 pagi sehingga 12.15 tengah hari.Program ini telah dianjurkan oleh Pembangunan Sahsiah Murid.

Pelbagai acara telah diadakan bermula dengan bacaan doa oleh ustaz Zainuddin ,bacaan Al quran oleh murid tahun 6,persembahan Montaj,Nasyid Ramadhan Ya Ramadhan oleh Nasyid sekolah,Ceramah oleh Ustazah Dr.Siti Norlina Bte Muhammad dari U.T.M,Perlancaran Tabung Infaq Ramadhan oleh Guru Besar Ustazah Rohaida Ridzwan.Perlancaran Kad Mutaba’ah Amal Ramadhan juga oleh Guru Besar dan seterusnya Kuiz Ramadhan.

Semoga Ramadhan tahun ini dapat di tempuhi oleh anak-anak kita dengan sempurna dan penuh bermakna.Sama-samalah kita berusaha membantu dan mendidik mereka agar menjadi anak yang Soleh,Musleh dan Cemerlang.

 

   

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda