MAJLIS PERTEMUAN IBU BAPA DAN MENTOR TAHUN 1 – 6

Objektif pertemuan ini adalah untuk membincangkan pencapaian akademik dan sahsiah anak-anak.

 Rujukan kami : SRIH 20.2 / 12 / 13                                                                             14  MEI 2012

 

Kepada,

Ibu bapa / Penjaga

Murid Sekolah Rendah Islam Hidayah

 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

 

Tuan / Puan,

 

MAJLIS PERTEMUAN IBU BAPA DAN MENTOR TAHUN 1 – 6

 

Semoga tuan / puan sentiasa sejahtera dan dirahmati Allah SWT Insya-Allah.

 

2. Merujuk kepada perkara di atas, majlis tersebut adalah seperti butiran di bawah ini:

 

            Tarikh / hari                : 18 Mei  2012 ( Jumaat )

            Masa                           : 2:30 petang hingga 4:30 petang

            Tempat                        : Kelas anak-anak tuan / puan

 

3. Bersama ini kami sertakan senarai nama mentor anak- anak tuan / puan untuk rujukan.

 

4. Objektif pertemuan ini adalah untuk membincangkan pencapaian akademik dan sahsiah anak-anak.

 

5. Besarlah harapan pihak sekolah sekiranya tuan / puan dapat meluangkan masa dan menghadirkan diri.

 

6. Bagi ibu bapa yang tidak dapat hadir pada masa yang ditetapkan, pihak sekolah tidak akan membenarkan pengambilan fail dan slip keputusan peperiksaan sebelum tarikh perjumpaan tersebut. Pengambilan hendaklah dibuat selepas tarikh itu dengan menghubungi guru mentor anak masing-masing.

 

Segala kerjasama tuan / puan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

 

SOLEH, MUSLEH, CEMERLANG

 

 

Yang menjalankan amanah ,

 

 

…………………………………………….

( ROHAIDA BINTI RIDZWAN )

Timbalan Guru Besar.

b/p Guru Besar.

Kongsikan Kiriman Ini

Share on facebook
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on linkedin
Share on twitter

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda