Karnival MGBSIM di Hidayah

 

 Sekolah Islam Hidayah (SMIH dan SRIH) akan menjadi tuan rumah Karnival Majlis Guru Besar Sekolah IKRAM-Musleh (MGBSIM) pada 6-7 Jun 2012. Acara  tahunan ini akan mengumpulkan pelajar dari 13 Sekolah Menengah Islam dan 19 Sekolah Rendah Islam yang bernaung di bawah IKRAM-Musleh.

Menurut Ketua Eksekutif Pusat Pendidikan Hidayah yang juga mantan Pengerusi MGBSIM, Ustaz Mohd Jelani Ramly, antara objektif karnival ini adalah:

  • Mempertemukan semua pelajar dalam aktiviti bersama di bawah IKRAM-Musleh
  • Mewujudkan keebersamaan guru dan pelajar di bawah naungan IKRAM-Musleh
  • Mencungkil bakat-bakat di kalangan pelajar
Karnival MGBSIM 2012 adalah karnival ke 3 dalam siri penganjurannya. Karnival pertama telah diadakan di Sekolah Islam Al-Amin, Kemaman, Terengganu dan ke 2 telah diadakan di Sekolah Islam Hira’, Jeram, Selangor.

Sekolah Islam Hidayah telah menjadi johan keseluruhan dalam kedua-dua pertama dan kedua. Klik di sini untuk berita lanjutnya. 

Menurut Ustazah Fauziah Ab Salam selaku pengarah Karnival MGBSIM 2012 merangkap Pengetua SMIH, seramai lebih 1,160 orang pelajar akan mengambil bahagian. Mengambil kira guru-guru pengiring dan AJK penganjur yang bertugas, jumlah keseluruhan yang terlibat dianggarkan seramai 1500 orang. Antara acara yang dipertandingkan ialah Hafazan, Tilawah, Nasyid, Kalam Jama’i, Azan, Story Telling dan Pidato tiga bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab.

Menganjurkan acara besar seperti ini tentunya memerlukan tenaga kerja yang ramai. Oleh yang demikian pihak sekolah memohon bantun alumni SMIH dan SRIH menjadi sukarelawan untuk membantu penganjuran Karnival MGBSIM 2012 ini. Sila daftar nama segera ke Ustazah Suharti (0177746852) dan Ustazah Wan Noraini (0137068840).

Pihak sekolah juga akan membuat persiapan persekitaran dalam menyambut tetamu bersekala besar ini. Gotong royong perdana akan diadakan pada hari Ahad 3 Jun 2012. Semua ibu bapa SRIH dan SMIH di jemput hadir.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda