Perginya Seorang Anak Didik Hidayah


Klik link video di sini

Almarhumah Nurul Hafizah Mohd Faizul Aris (20), merupakan pelajar tahun dua di UiTM Kampus Bandaraya Johor Bahru, dan juga bekas pelajar di Sekolah Menengah Islam Hidayah, Skudai, Johor telah kembali ke rahmatullah menghadap Sang Penciptanya akibat kemalangan pada 7 Mei 2012.

Ketika kejadian almarhum sedang memandau kereta kancil membawa 4 lagi adik beradiknya dari Sekolah Menengah Islam Hidayah (SMIH) menuju ke rumah mereka di Bandar Baru Uda BBU. Kereta kancil yang dipandunya telah bertembung dengan lori barangan lusuh di hadapan Starhill Golf Course  menyebabkan beliau mati di tempat kejadian. 

Pengetua SMIH, Hjh Fauziah Ab Salam yang secara kebetulan melalui jalan tersebut semasa kejadian, telah menguruskan kesemua mangsa. Jenazah Nurul Hakimah dihantar ke Hospital Kulaijaya dengan diiringi oleh Ust Mohd Jelani Ramly (guru besar SRIH). Keempat-empat yang cedera pula dihantar ke Hospital Sultanah Aminah dengan diiringi Puan Pengetua sendiri.

Mereka yang tercedera ialah Nurul Hanisah (24), Nurul Hakimah (18), Nurul Hidayah (15) dan Nurul Humairah (13). Nurul Hakimah mengalami kecederaan parah tetapi disahkan stabil. Mereka kemudiannya telah dihantar untuk rawatan lanjut di Hospital Pakar Putri. Nurul Hakimah telah selamat menjalani pembedahan di hospital tersebut pada kira-kira jam 7 malam keesokkannya, 8 Mei 2012.

Kesemua mereka adalah anak kepada Hj Mohd Faizul Aris, seorang Aircraft Engineer di Airasia, Sepang. Diberitakan bahwa minggu kejadian merupakan minggu terakhir Haji Mohd Faizul Aris bertugas di Airasia dan akan berpindah ke syarikat di Singapura. Seorang lagi adik beradik lelaki mereka sedang menuntut dalam bidang Aircraft Engineering di Sepang Selangor. Kesemua adik beradik ini adalah pelajar dan bekas pelajar Sekolah Menengah Islam Hidayah.

Jenazah Nurul Hafizah telah diuruskan di Hospital Kulaijaya dan kemudiannya disolatkan selepas subuh di masjid BBU. Ia kemudiannya dikebumikan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. 

Nurul Hafizah telah mendaftarkan sebagai sukarelawan Palestin melalui AQSA SYARIF pada bulan Januari 2012.  

Menurut ayahnya, Allahyarhamah Nurul Hafizah telah terlebih dahulu menyiapkan juadah untuk mereka lima beradik berbuka bersama-sama.  Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah dan ditempatkan di syurga firdaus.  Al – Fatihah

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda