Menjana Dana Dari Wang Bantuan Kerajaan

some_text

Sebagaimana sedia maklum pihak Kerajaan telah membuat keputusan memberi bantuan RM100 kepada setiap pelajar sekolah rendah dan menengah. Di antara yang akan mendapat manfaat adalah Sekolah Rendah Islam Hidayah (SRIH) dan Sekolah Menengah Islam Hidayah (SMIH). 

Oleh kerana SRIH dan SMIH tergolong dalam sekolah swasta, pemberian RM100 hanya akan dilakukan pada sekitar Disember 2011.

Ramai di kalangan ibu bapa yang telah menyuarakan hasrat untuk mendermakan RM100 itu kepada tabung Dana Hidayah. Seperti sedia maklum, Dana Hidayah adalah tabung khas untuk pembangunan fizikal SRIH dan SMIH. Pihak sekolah telah menerima idea ini sebagai satu yang sungguh mulia dan bersetuju dengannya.

Jika idea yang baik ini dilaksanakan sepenuhnya, Dana Hidayah dijangka mendapat dana sebanyak  RM169,200 (=100x(1047+645)).

Namun, pada dasarnya pihak kerajaan telah menetapkan wang RM100 mesti diserahkan sepenuhnya oleh sekolah kepada ibu bapa pelajar. Oleh yang demikian, bagi ibu bapa yang bersetuju untuk mendermakannya kepada Dana Hidayah, langkah berikut perlu dilakukan:

  1. Ibu bapa mesti datang ke Pejabat Sekolah Islam Hidayah untuk menandatangani borang menerima wang. Borang ini telah disediakan pihak Jabatan Pelajaran Negeri (JPN). Ini adalah ketetapan yang telah diputuskan oleh JPN.
  2. Untuk memudahkan ibu bapa yang berminat mendermakan wang tersebut kepada Dana Hidayah, tabung akan disediakan di pejabat sekolah.
Wang yang tidak dituntut ibu bapa akan dipulangkan semula kepada JPN. Jadi, anggapan bahwa tidak mahu menuntut wang kerana berniat ingin mendermakan ke sekolah adalah salah.

 Semoga usaha kita akan diterima Allah SWT.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda