Terus Ikuti Perkembangan Hidayah

some_text

Sekolah Islam Hidayah kini sudah berusia 22 tahun. Ia bermula dengan Sekolah Rendah Islam Hidayah(SRIH) dengan hanya 12 orang pelajar pada tahun 1989. Di akhir 1985, Sekolah Menengah Islam Hidayah (SMIH) pula ditubuhkan dengan 48 orang pelajar. Pada tahun 2011, SRIH mempunyai 1,047 pelajar dan SMIH pula 645 orang. Bilangan usia dan angka pelajar ini mengambarkan pesatnya perkembangan Sekolah Islam Hidayah.

Namun Sekolah Islam Hidayah bertuah kerana ia berkembang pesat pada zaman teknologi komunikasi juga pesat berkembang. Bilangan ibu bapa yang semakin ramai, Alumni yang makin tertebar luas di merata muka bumi, urusan yang memerlukan keputusan cepat, semuanya mendesak maklumat diuruskan dengan sempurna. Kami di Sekolah Islam Hidayah cuba mencapai ke arah itu.

Sistem maklumat pelajar telah diperkemaskan dan boleh dicapai oleh ibu bapa dengan mudah melalui internet. Sistem pembayaran yuran juga telah dipermudahkan dengan memanfaatkan internet banking. Maklumat sekolah kini boleh dicapai melalui email, laman web, facebook dan twitter. Malah dengannya juga semua ibu bapa, pelajar, staff dan Alumni boleh saling berkomunikasi dan mengikuti perkembangan masing-masing dan sekolah, walau di mana juga mereka berada.

Sekolah Islam Hidayah cuba menyediakan yang terbaik untuk semua warga Hidayah. Maka dengan itu, kami juga mengharapkan supaya anda memanfaatkan sepenuhnya kemudahan komunikasi sedia ada dan membantu kami mencapai ke arah itu.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda