Van Baru Sekolah Hidayah

  

Sekolah Islam Hidayah telah membeli Van baru untuk kemudahan pelajar. Van dari jenis Nissan Uruvan ini mempunyai kapisiti 14 penumpang dan dibeli dengan harga RM 99,701.61.  Pihak penjual (ibu bapa pelajar Hidayah) telah memberikan diskaun untuk sekolah sebanyak RM2,500.00 menjadikan kos perlu dibayar sebanyak RM 97,201.60.

Tabung Van Sekolah yang bertujuan mengutip derma untuk membeli Van baru sekolah telah dilancarkan pada awal tahun 2010. Sejak pelancarannya sebanyak RM 68,729.00 telah berjaya dikutip.  Pihak sekolah masih mengalu-alukan derma orang ramai untuk tambahan kos van sebanyak RM 28,472.60 lagi.

Sepanjang usianya sejak 1989, inilah kali pertama Sekolah Islam Hidayah mampu membeli kenderaan yang dibeli sendiri.  Dengan pembelian terbaru ini, kini sekolah memiliki 4 kenderaan. Tiga kenderaan yang lain adalah 2 buah van dan sebuah kereta. Ketiga-tiga kenderaan tersebut adalah sumbangan ibu bapa pelajar sebelum ini.

Pihak sekolah dengan ini merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah menderma sehingga hajat sekolah untuk memiliki  kenderaan baru sendiri ini menjadi kenyataan. Bagi anda yang ingin turut menderma, peluang masih lagi terbuka.

Kongsikan Kiriman Ini

Share on facebook
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on linkedin
Share on twitter

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda