Guru-Guru Hidayah Bersama Pasukan Ping Pong MSKPP Johor Bahru

 

Pada tanggal 29-31 Oktober 2010 baru-baru ini, beberapa orang guru SMIH telah terpilih untuk mewakili pasukan ping pong Majlis Sukan Dan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran (MSKPP) Johor Bahru ke pertandingan MSKPP peringkat negeri Johor. Mereka terdiri daripada Us Ezaidin bin Norman, Us Azmen bin Yusof, Us Azri bin Ali dan En Mohd Yazid bin Salikin. Pesta MSKPP ini disertai oleh staf-staf perkhidmatan pelajaran termasuk guru-guru dan kakitangan bukan akademik dari seluruh negeri Johor. Pertandingan yang dijalankan di SRJK (C) Seg Hwa, Segamat ini telah dijalankan dalam dua kategori iaitu kategori veteren bagi umur lebih 40 tahun dan kategori senior bagi umur bawah 40 tahun.

 

Dalam pertandingan tersebut, guru SMIH iaitu Us Ezaidin bin Norman telah berjaya mendapat Naib Johan Bergu Kategori Senior berpasangan dengan En Wan Mohd Khairul (guru SMK Dato Jaafar). Malangnya kejayaan ini tidak dapat diteruskan oleh guru-guru SMIH yang lain apabila masing-masing terkandas di peringkat kumpulan. Namun begitu, pengalaman yang diperolehi dalam pertandingan tahun ini akan menjadi bekalan bagi menghadapi pertandingan yang sama pada tahun depan. Tahniah kepada yang berjaya. Kepada yang tidak berjaya, tingkatkan usaha dan latihan supaya akan lebih cemerlang pada masa akan datang. Terima kasih kepada pihak sekolah yang banyak memberi sokongan dan dorongan bagi menjayakan aktiviti seumpama ini.

 

Kongsikan Kiriman Ini

Share on facebook
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on linkedin
Share on twitter

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda