HUZAIFAH ADNAN MENANG PERTANDINGAN SPELL IT RIGHT

Muhammad Huzaifah Adnan telah berjaya mengharumkan nama sekolah…
Pada 18 Julai 2010 , sekolah telah menghantar empat orang wakil untuk menyertai pertandingan “Spell-It-Right” anjuran RHB Bank dan akhbar News Straits Times di City Square. Mereka adalah Muhammad Huzaifah Adnan (4 Ittihad), Muhammad Danial Mustafa Byrnes (4 ittihad), Ridzwan Razali (4 Ittihad) dan Farhan Hazman (4 Imthithal).  Pelajar-pelajar ini telah diiringi oleh Ustazah Mawaddah Salleh.

Pertandingan ini disertai oleh sekolah menengah dari seluruh dengan jumlah peserta hampir 200 pelajar. Objektif pertandingan ini adalah untuk meningkat kesedaran pelajar terhadap cara mengeja perkataan  bahasa Inggeris dengan baik.

Pelajar-pelajar Sekolah Menengah Islam Hidayah telah ditempatkan pada pusingan kelapan pertandingan tersebut. Pusingan kalah mati tersebut telah menyaksikan Muhammad Huzaifah Adnan melangkah ke pusingan akhir setelah mengeja perkataan “Dolphinarium”  dengan tepat.

Pusingan akhir berlangsung dengan sengit dengan kehadiran wakil pelajar dari pusingan pertama hingga ke pusingan ke Sembilan. Wakil-wakil dari Sekolah Menengah Convent Infant Jesus, English Collage, Sekolah Sains Kluang, SEDRY, Sekolah Tun Fatimah serta dua lagi sekolah menengah selain wakil SMIH sendiri menunjukkan semangat persaingan yang sangat tinggi. Namun kalah menang adalah adat pertandingan dan hanya ada satu pemenang pada akhirnya.  

Walaupun Muhammad Huzaifah gagal mendapat tempat pertama seterusnya mewakili negeri Johor, namun kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Illahi apabila Muhammad Huzaifah berjaya merangkul tempat keempat, mengalahkan wakil daripada Sekolah Tun Fatimah. Kemenangan menyaksikan Muhammad Huzaifah membawa pulang RM1,500 beserta plak serta sijil.

Kemenangan Muhammad Huzaifah yang merupakan satu-satunya wakil bagi sekolah agama membuktikan bahawa Sekolah Swasta dangan teras agama mampu berdiri sebaris dengan sekolah elite yang lain. Kejayaan Muhammad Huzaifah disambut dengan takbir oleh penyokong dari kalangan pelajar tingkatan empat yang turut hadir membrikan sokongan kepada rakan mereka. City Square bergema dengan takbir laungan mereka.

Semoga kejayaan Muhammad Huzaifah mampu menyuntik semangat pelajar lain untuk belajar Bahasa Inggeris dengan lebih baik serta menguasainya bagi membuktikan tiada apa yang tidak boleh kita sebagai warga Hidayah, mampu lakukan asal niat ikhlas kerana Allah.

Kongsikan Kiriman Ini

Share on facebook
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on linkedin
Share on twitter

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda