Semarak Ramadhan di SMIH

 

Syukur Alhamdulillah, ada 14.7.2010 (Rabu) yang lepas, Sekolah Menengah Islam Hidayah dengan kerjasama Jawatankuasa Pembangunan Masyarakat IKRAM Bandaraya Johor Bahru telah mengadakan program Semarak Ramadhan.  Program diadakan di Dewan al Qadisiyah.  Program diisi dengan ceramah mengenai persiapan menghadapi Ramadhan al Mubarak.

Ceramah telah disampaikan oleh Prof Madya Ustaz Ajmain Safar, Pensyarah UTM Skudai yang juga merupakan Yang Di Pertua IKRAM Kulaijaya.

Semarak Ramadhan dianjurkan bertujuan meningkatkan kesedaran orang ramai tentang kepentingan menghayati bulan Ramadhan.  Melalui program Semark Ramadhan orang ramai dianjurkan mempersiapkan diri dan keluarga untuk menghadapi Ramadhan.  Beberapa panduan penghayatan yang dianjurkan oleh Islam juga akan dikongsikan.  Ia diharapkan akan membolehkan orangramai memanfaatkan sepenuhnya kebaikan-kebaikan bulan Ramadhan yang dikurniakan Allah setiap tahun ini.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa, En. Daniel, ini adalah program Semarak Ramadhan yang pertama dalam siri program Semarak Ramadhan yang akan dianjurkan oleh IKRAM Bandaraya Johor bahru pada tahun ini.

Z-IKRAM 445.jpg

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Ustaz Azmeen bertindak sebagai Pengerusi Majlis.

 

Z-IKRAM 446.jpg

Ustaz Ajmain sedang menyampaikan ceramahnya.

 

Z-IKRAM 447.jpg

Antara anak2 banat yang hadir.

 

Z-IKRAM 451.jpg

Antara anak2 banin yang hadir.


Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda