Lawatan dari JSIT dan Iqro’ Indonesia

Alhamdulillah hari ini Sekolah Islam Hidayah sekali lagi menerima kunjungan muhibbah daripada Jaringan Sekolah Islam Terpadu ( JSIT ) dan Yayasan Iqro’, Indonesia yang sebelum ini pernah melakukan kunjungan yang sama.

  En Hassan Husin menyampaikan ucapan bagi pihak LPH mengalukan kedatangan rombongan.

 

 

 Ustaz Fahmi menyampaikan ucapan bagi pihak JSIT dan Yayasan Iqro’ menyatakan kesediaan dan harapan untuk mengadakan banyak program bersama dengan pihak sekolah dan dengan berbesar hatinya menjemput pihak sekolah untuk membuat lawatan ke Indonesia.

 

Timbalan Pengetua SMIH, Ustazah Fauziah Abdul Salam menyampaikan taklimat berkenaan SMIH. Dalam ucapannya beliau menyambut baik jemputan Ustaz Fahmi tentang lawatan ke Indonesia. “InsyaAllah kita memang teringin untuk mengadakan lawatan ini, sama – samalah mendoakan agar ada pihak yang sudi sponsor”, begitulah antara yg disampaikan.

 

 Timbalan Guru Besar SRIH, Ustazah Rohaida Ridzwan juga menyampaikan taklimat tentang perkembangan dan sejarah SRIH.

Berikut adalah gambar – gambar lain sepanjang program muhibbah tersebut:

 

 

 

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda