Pengerusi Lembaga Pengelola PPH

 
 

 

Assalamu’alaikum,

Saya ingin memulakan kata aluan ini dengan mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya Sekolah Islam Hidayah terus maju dan memberi impak positif terhadap perkembangan pendidikan perdana negara kita.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa yang terus memberi sokongan dalam pelbagai bentuk kepada sekolah.  

Sesungguhnya kewujudan dan kemajuan yang di tunjukkan oleh Sekolah Islam Hidayah tidak mungkin dicapai tanpa  sokongan dan doa ibu bapa.

Faktor utama yang menyumbang kepada kemajuan Sekolah Islam Hidayah ialah perkongsian visi dan misi di kalangan Lembaga Pemegang Amanah, Lembaga Pengelola Hidayah, guru-guru  dan ibu bapa.

Kita berpegang kepada konsep bahawa warga Negara Malaysia di masa hadapan perlu mempunyai keperibadian berasaskan konsep as Soleh wa Musleh.

 
Pembelajaran bermula dengan pengetahuan , diikuti dengan kefahaman  dan seterusnya seperti yang telah ditekan oleh taksonomi, pembelajaran  berakhir dengan penghayatan dan penilaian.

Kita di Sekolah Islam Hidayah berkeyakinan bahawa, penghayatan dan penilaian adalah berasaskan kepada sifat MUSLEH di mana seseorang itu akan berusaha untuk meyakinkan orang lain mengenai apa telah dihayatinya. Dalam lain perkataan, kita ingin pelajar kita bukan sahaja dapat mempelajari sesuatu, tetapi lebih pada itu berusaha untuk meyakinkan (berdakwah) kepada orang lain supaya dapat memahami dan seterusnya menghayati keindahan sesuatu pengetahuan.

Kita telah menyaksikan bahawa ramai dari lulusan Sekolah Islam Hidayah telah menunjukkan ciri MULSEH di Institut Pengajian Tinggi di tempat mereka melanjutkan pelajaran. Terdapat juga lulusan Sekolah Islam Hidayah yang telah ke hadapan dari segi kepimpinan dan dakwah di tempat mereka bekerja. 

Marilah kita terus berusaha untuk melahirkan warga negara masa hadapan yang holistik dan seimbang demi kesejahteraan ummat di masa hadapan.

Sekian, semoga Sekolah Islam Hidayah akan terus cemerlang di masa-masa akan datang.

 

Prof. Madya Dr. Haji Md Nor bin Bakar

Pengerusi,

Lembaga Pengelola, 

Sekolah Islam Hidayah

 

 

 

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda