Sekolah Hidayah Cemerlang Lagi

Muhammad Arieff Haikal bin Ezaidin pelajar Tahun 3 Abu Daud Sekolah Rendah Islam Hidayah JB, telah berjaya mengharumkan nama SRIH.

Adik Haikal telah terpilih mewakili daerah Johor Bahru ke Kejohanan Memanah Outreach L11 Tahun Peringkat Negeri Johor yang telah diadakan di SMK Pelangi Indah, Pasir Gudang pada 17, 18 dan 19 Julai 2009 baru-baru ini.

Beliau yang juga merupakan peserta paling muda dalam kejohanan tersebut telah berjaya mendapat tempat ke-3 bagi jarak 15 meter dan tempat ke-4 bagi jarak 25 meter.

Johan 15 meter disandang oleh peserta dari Pasir Gudang, diikuti Pengerang di tempat kedua.

Manakala bagi jarak 25 meter, Johan disandang oleh Pengerang, kedua Pasir Gudang dan ketiga daerah Segamat.

Kongsikan Kiriman Ini

Share on facebook
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on linkedin
Share on twitter

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda