Johan Pidato Peringkat Kebangsaan

Pelajar tingkatan 5 SMIH, Ishraf Hakim Mohd Nadzri telah dinobatkan sebagai Johan dalam Pertandingan Syarahan

Aktiviti Kokurikulum Sekolah-Sekolah Swasta 2009 peringkat kebangsaan.

Ishraf sebelum ini telah menjadi johan pertandingan yang sama untuk zon selatan.  Atas kemenangan tersebut beliau telah dipilih oleh Jabatan Pendidikan Swasta, Kementerian Pendidikan untuk mewakili zon selatan ke pertandingan syarahan peringkat kebangsaan.

Sebanyak lapan peserta dari tujuh zon termasuk sabah dan sarawak telah mengambil bahagian.  Syarahan Ishraf Hakim bertajuk Modal Insan Sejati, Produktiviti Berkualiti telah berjaya meyakinkan barisan juri untuk memilih beliau sebagai juara peringkat kebangsaan.

Pertandingan ini dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Swasta, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Selain pertandingan syarahan, koir dan coral speaking juga dipertandingkan.

 Pertandingan peringkat kebangsaan ini telah diadakan pada 15 Ogos 2009 (Sabtu) di Putrajaya. 

 Seluruh warga Hidayah mengucapkan tahniah kepada beliau kerana bukan sahaja mengharumkan nama sekolah tetapi juga mengharumkan nama Jabatan Pendidikan zon selatan.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda