📍 LLD Sports International College Golf Championship 2026
🗓 1–2 Jun 2026
⛳️ Laguna National Golf Resort Club, Singapore
Alhamdulillah, dua orang murid SMIH Johor Bahru telah mewakili sekolah dalam kejohanan golf peringkat antarabangsa yang berlangsung di Singapura.
🥇 Mohamad Adli Hazim telah muncul sebagai Johan Kategori 13 Tahun, sekali gus mengharumkan nama SMIH di pentas antarabangsa.
🏌️♂️ Mohamad Aiman Hazim pula berjaya menamatkan saingan di Tempat Ke-11 Kategori Boy A, menunjukkan semangat juang dan daya saing yang tinggi sepanjang kejohanan.
Kejayaan ini merupakan hasil usaha gigih para atlet, sokongan ibu bapa serta bimbingan para jurulatih dan guru. Lebih membanggakan, pencapaian pemain-pemain muda Malaysia dalam kejohanan ini turut mendapat liputan media nasional.
📖 “Dan bahawa sesungguhnya manusia tidak memperoleh selain apa yang telah diusahakannya.”
(Surah An-Najm: 39)
✨ Tahniah dan syabas kepada kedua-dua atlet atas pencapaian yang membanggakan ini. Semoga terus melakar kejayaan yang lebih gemilang pada masa akan datang.
🏆 Da’wah through sport
📰 Liputan media:
🔗 Astro Arena:
https://stadiumastro.com/sukan/tiga-pemain-golf-remaja-negara-cemerlang-di-singapura
🔗 Harian Metro:
https://www.hmetro.com.my/arena/lain/2026/06/1365163/pemain-muda-golf-negara-pamer-aksi-cemerlang-di-singapura
Disediakan oleh
Ustaz Amin
Penyelaras Golf SMIH
