Surat ujian dan Temubual Tahun 1 2013

Ruj. Kami : SRIH10.4.5/12(03)                                                                                    5 September 2012

Ruj. Tuan :

 

 

Kepada :

Ibubapa/penjaga,

Bakal Murid Tahun 1 sesi 2013.

 

 

Assalamualaikum w.m.t. w.b.t.

 

SEMINAR PENDIDIKAN HIDAYAH, TEMUBUAL IBUBAPA DAN UJIAN PEMILIHAN BAKAL MURID TAHUN 1 SESI 2013

 

Semoga tuan/puan berada dalam keberkatan serta keredhaan Allah s.w.t.

 

2.         Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan Seminar Pendidikan Hidayah, Temubual Ibubapa dan Ujian Pemilihan Bakal Murid seperti berikut :

 

Seminar Pendidikan Hidayah

Temubual Ibubapa dan Ujian           Pemilihan Murid

Tarikh     :  29 September 2012 (Sabtu)

Masa       :  8.30pg hingga 11.30pg

Tempat   :  Dewan Badar

Yuran Proses :  RM15.00 (dibayar sewatu pendaftaran)

Tarikh     :  13 Oktober 2012 (Sabtu)

Masa       :  8.30pg hingga 11.30pg

Tempat   :  Kelas Tahun 1

 

3.         Kehadiran tuan/puan ke seminar ini adalah diwajibkan sebagai pra syarat kemasukan anak tuan/puan ke SRIH. Bagi melicinkan perjalanan seminar, tuan/puan tidak digalakkan membawa anak ke majlis ini. Sila sediakan duit secukupnya untuk yuran proses.

 

4.         Semasa tembual ibubapa dan ujian pemilihan, calon dikehendaki membawa pensel, pensel warna, pemadam, dan pembaris. Tuan/puan tidak dibenarkan membantu anak semasa mereka menduduki ujian. Tembual ini adalah untuk ibubapa yang pertama kali ingin memasukkan anak ke SRIH sahaja manakala ibubapa lama dikecualikan daripada temubual ini.

 

5.         Sekiranya tuan/puan dan calon tidak hadir tanpa sebarang makluman bertulis ke pejabat, pihak sekolah menganggap permohonan tuan/puan untuk kemasukan anak ke sekolah ini telah dibatalkan.

 

Sekian untuk makluman dan perhatian tuan/puan.

 

Terima kasih.

 

” SOLEH MUSLEH CEMERLANG “

 

 

Yang menjalankan amanah,

 

 

………………………………….

(ROHAIDA BINTI RIDZWAN)

Guru Besar

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda