Program Semarak Ramadan norma baharu telah berjaya dilaksanakan di Sekolah Rendah Islam Hidayah pagi tadi.
Program ini telah dirasmikan oleh Puan Guru Besar, Ustazah Rohaida Ridzwan.
Semua murid tahun 1-6 terlibat dengan program ini dimulai dengan ucapan perasmian daripada Guru Besar dan sesi ceramah daripada Ustaz ‘Asim Mohd Hatta.
Program seterusnya diteruskan dengan aktiviti silang kata bagi tahun 1-3 dan kuiz bagi tahap 2 serta aktiviti kad azam Ramadan.
Diharapkan anak-anak dapat menghayati tema Semarak Ramadan norma baharu peringkat sekolah dengan temanya “Tingkatkan Amalan Indahkan Keperibadian”.
Justeru, pihak sekolah mengharapkan anak-anak dapat menambahkan amalan dan mutu ibadah berbanding tahun sebelumnya.
Unit Pembangunan Sahsiah Murid