Tarikh. : 28 September 2020
Hari. : Isnin
Masa. : 8.30am- 9.30am
Kehadiran: 180 orang murid
Objektif:
- Mendapatkan panduan bagaimana menjadi murid yang soleh,musleh,cemerlang dan rahmah.
- Mendapatkan panduan bagaimana menjadi murid yang cemerlang dalam akademik dan sahsiah diri.
3 pesanan yang diberikan oleh guru besar ialah:
- Bersyukur kepada Allah + Berterima kasih kepada ibu bapa + berterima kasih kepada guru)
- Menjadi anak soleh,musleh,cemerlang dan rahmah dengan singkatan SMC+R.
- Menjaga keselamatan diri dan rakan-rakan termasuk seruan mematuhi operasi standard pencegahan covid-19.
Turut ditekan dalam program ini ialah penghayatan terhadap konsep ‘Allah Melihat, Malaikat Mencatat’ (AMMM) dan ‘Buat Kebaikan, Benteras@Boikot Kejahatan’ ( BKBK).
Semoga melalui program ini dapat meningkatkan semangat yang tinggi kepada murid untuk menduduki SPPIM nanti dan menjadi anak-anak yang soleh, musleh, cemerlang dan rahmah.
Disediakan oleh
ROHANA BINTI NE’MAT
SUP Peperiksaan SPPIM
28 September 2020