SRIHJB | LAILAH IMANIYAH AKHAWAT JBU, GURU SRIH DAN STAF PPH

Program ini telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Tabuk Sekolah Islam Hidayah pd Khamis 28 Julai 2022
melibatkan seramai 105 peserta.
Aktiviti bermula pada jam 6:00 petang dengan bacaan zikir al Ma’thurat Kubra yang diketuai oleh Ustazah Safiyah AnNisa’ binti Salim.

Seterusnya para peserta berbuka puasa bersama dan menunaikan solat maghrib berjamaah.Pengisian utama bertajuk “Ciri-ciri ‘Ibadur Rahman” telah disampaikan oleh ustazah Dr Norlina bt Muhammad mengupas 12 sifat hamba Allah Yang Penyayang dengan contoh-contoh praktikal dalam kehidupan seharian.

Program bersurai pada jam 9:30 malam seusai solat Isyak berjamaah dan ucapan daripada Guru Besar, Ustazah Rohaida Ridzwan.Peserta meneruskan program lailah imaniyah dengan qiamullail di rumah masing-masing.

Semoga program ini berjaya membina kekuatan rohani peserta disamping mencontohi amalan salafussoleh dalam kehidupan seharian.

Disediakan oleh,
Wan Rudzina Wan Mansor,
Pengurus Tarbiah Guru,
Sekolah Rendah Islam Hidayah JB.
29 Julai 2022

LAMPIRAN GAMBAR

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda