Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT. Kontinjen Sekolah Rendah Islam Hidayah Batu Pahat (SRIHBP) yang mewakili daerah Batu Pahat berjaya mengharumkan nama daerah di Ihtifal Riadhi Negeri Johor 2026 yang dijalankan di Edu Pagoh Hub, apabila semua acara yang disertai berjaya membawa pulang pingat.
- 200 meter lelaki: ketiga (Ihsan Khalis)
- 4×100 meter lelaki: naib johan
- 4×200 meter lelaki: johan
- Badminton perseorangan perempuan: johan
Kejayaan ini membuktikan kesungguhan, disiplin dan semangat juang tinggi yang ditunjukkan oleh para atlet SRIHBP sepanjang kejohanan.
Sumber: Facebook SRIHBP