Pembelajaran melalui pengalaman adalah antara kaedah pembelajaran yang berkesan dan menyeronokkan.
Antara program yang dirancang kepada anak-anak ialah ziarah masyarakat di sekitar sekolah.
Semasa ziarah anak-anak belajar secara praktikal adab naik kenderaan, adab ziarah ke rumah orang dan memberi sumbangan kepada orang yang memerlukan atau yang ditimpa musibah.
Untuk program pertama ini, bagi menjaga SOP, hanya 4 orang murid sahaja di pilih. Insya-allah lain kali murid lain pulak akan di beri pengalaman seperti ini.