SRIHBP | Lawatan KPM, JPNJ Dan PPD

Pada hari pertama pembukaan sekolah sesi 2021 secara bersemuka, SRIH BP telah menerima lawatan daripada Pengarah Bahagian Pendidikan Swasta (BPS) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) iaitu Tn. Fauzi Asirop bersama wakil dari JPNJ dan PPD.

Turut meraikan kehadiran tetamu ialah Tn. Haji Hassan Hushin selaku Pengerusi LPH dan Prof. Dr. Jiwa selaku Pengerusi LPS. Kehadiran mereka adalah untuk memastikan sekolah beroperasi dengan mengikut SOP yang telah di tetapkan.

Alhamdullillah, semua berjalan dengan lancar. Pihak sekolah sangat menghargai lawatan dari pihak KPM, JPNJ dan PPD kerana lawatan seperti ini akan membantu pihak sekolah untuk beroperasi dengan lebih profesional.

Kami amat berbesar hati menerima kunjungan ini dan merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Pengarah BPS KPM bersama pasukannya kerana sudi memilih SRIHBP untuk dilawati.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda