Alhamdulillah. Segala pujian milik Allah SWT. SRIH BP telah diberi pengiktirafan 5 Bintang oleh Musleh Integrated Education Berhad dalam penilaian Sistem Kualiti IKRAM Musleh (SKIM).
Sijil pengiktirafan disampaikan sempena Hari Anugerah Musleh 2024 (HARUM 2024) pada Sabtu, 13 Julai 2024, di Pusat Konvensyen Bangi. Majlis dirasmikan oleh Dr. Radin Muhd Imaduddin bin Radin Abdul Halim, Wakil Rasmi YB Menteri Pendidikan.
Pihak pengurusan SRIH BP mengucapkan tahniah dan ribuan terima kasih kepada Pertubuhan IKRAM Malaysia, Lembaga Pemegang Amanah (BOT) Pusat Pendidikan Hidayah, Lembaga Pengelola Sekolah (LPS), Ketua Pegawai Eksekutif (KPE), guru-guru, Kakitangan Bukan Akademik (KBA), PIBG SRIH, ibu bapa serta semua pihak yang mendokong dan memberi kerjasama dalam usaha mencapai hasrat melahirkan insan rabbani dan pemimpin masa hadapan yang soleh, musleh dan cemerlang di dunia dan akhirat.
Alhamdulillah, segala nikmat datang daripada Allah SWT dan segala pujian hanya kepada Allah SWT.
Jawatankuasa Pengurusan Sekolah
Sumber: Facebook SRIHBP