SMIHJB | TYMBA NATIONAL ACCOUNTING QUIZ CHALLENGE 2026

Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor Bahru (SMIH) telah menyertai TYMBA National Accounting Quiz Challenge 2026 (NAQC26) yang merupakan pertandingan kuiz perakaunan peringkat kebangsaan melibatkan pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 dari seluruh Malaysia.

Pertandingan ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan penyertaan seramai 7,000 orang pelajar dari pelbagai sekolah di seluruh negara.

Dua Pusingan Pertandingan
TYMBA National Accounting Quiz Challenge 2026 telah dilaksanakan dalam dua pusingan, iaitu pusingan saringan secara dalam talian dan pusingan akhir secara bersemuka.

Pusingan Saringan
📅 28 Ogos hingga 9 September 2026
💻 Dilaksanakan secara dalam talian

Daripada keseluruhan peserta, seramai 500 orang pelajar bagi setiap tingkatan telah berjaya melepasi pusingan saringan dan melangkah ke pusingan akhir.

Pusingan Akhir
📅 26 September 2026
📍 Dilaksanakan secara bersemuka di
Dominus Art Vennu
Fairview International School
KL

Pencapaian Pelajar
SMIH turut melakar pencapaian apabila seorang pelajar SMIH berjaya melangkah ke pusingan akhir dan seterusnya mencatatkan kedudukan dalam Top 150 pertandingan.

🏆 TOP 150 NAQC26:
MUHAMMAD ALIMUDDIN BIN NORAZAM
5 Imtinan

Selain itu, empat orang lagi pelajar SMIH turut mengambil bahagian dan berjaya menyertai pusingan saringan awal pertandingan.

Penyertaan dalam pertandingan di peringkat kebangsaan ini memberikan peluang kepada para pelajar untuk menguji pengetahuan, kemahiran serta kefahaman mereka dalam bidang Perakaunan di samping membina keyakinan diri dan pengalaman bersaing dengan pelajar dari seluruh Malaysia.

Tahniah diucapkan kepada Muhammad Alimuddin atas kejayaan melangkah ke pusingan akhir dan berada dalam Top 150 NAQC26.

Syabas juga kepada semua pelajar SMIH yang telah mengambil bahagian dan menunjukkan komitmen yang baik sepanjang pertandingan.
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada para pelajar SMIH untuk terus berusaha, meningkatkan penguasaan ilmu Perakaunan serta mencipta lebih banyak kejayaan dalam pertandingan akademik pada masa akan datang.

Ucapan terima kasih kepada pengetua Pn Seri Juli Emas Wati Adnan, barisan penolong- penolong kanan, ketua bidang teknik dan vokasional, rakan- rakan guru serta ibubapa yang banyak memberikan sokongan.

Tahniah dan syabas kepada semua peserta SMIH!

“Ilmu Diperkasa, Potensi Digilap, Kecemerlangan Dicipta.”

Guru Penyelaras
Prinsip Perakaunan
Pn Siti Suhailah Tasmon

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda