SMIHJB | TEMPAT KE-3 KEJOHANAN BOLA JARING P15 MAJLIS SUKAN SEKOLAH JOHOR (MSSJ) 2025

Pada 7 dan 8 Julai 2025 MSSD Johor Bahru telah menghantar Kontinjen Bola Jaring P15 ke Kejohanan Bola Jaring P15 MSSJ 2025 di Velodrome Iskandar Puteri Johor. Sebanyak 11 pasukan dari daerah-daerah Johor mengambil bahagian. Alhamdulillah kontinjen P15 Johor telah mendapat johan dalam kumpulan dan melayakkan diri ke Pusingan Suku Akhir seterusnya ke pusingan Separuh Akhir. Namun kontinjen Johor terpaksa akur apabila tewas (15 – 29) dengan MSSD Pasir Gudang dalam pusingan ini. Seterusnya, untuk penentuan tempat ke-3 dan ke-4 pertarungan diteruskan dengan laluan mudah untuk meraih tempat ketiga dalam kejohanan ini.
Pihak sekolah amat bersyukur dan berbangga atas kejayaan ini kerana salah seorang peserta bola jarring SMIH iaitu Qaisara Sofya Amani binti Mohd Fariq Aizat sebagai posisi Center telah terpilih untuk mewakili Kontinjen MSSD JB ke MSSJ. Kontinjen Johor Bahru turut gemilang setelah Nurul Erin Eryna binti Wan Zainudin dinobatkan sebagai PENGHADANG TERBAIK (posisi GK). Nurfasihatul Husnina binti Faizal pula dinobatkan sebagai PENJARING TERBANYAK (posisi GS) manakala Marsya Nurbatrisya binti Hazam meraih gelaran SPORTMANSHIP MSSD JB (posisi GD) .Ketiga-tiga orang pemain ini dari SMK Tun Hussein Onn. Lantaran itu, Kontinjen MSSD JB telah meraih tempat ketiga keseluruhan (P12, P15, P18) dalam kejohanan Bola Jaring MSSJ 2025.
Terima kasih tidak terhingga kepada Pn. Pengetua yang banyak memberikan sokongan dan kerjasama untuk pasukan Johor seterusnya kepada pihak pengurusan SMIH JB, guru-guru, ibu bapa yang telah memberi sokongan dan kebenaran penyertaan kepada peserta SMIH menyertai angkatan ini dengan jayanya.. Terima kasih kepada Pengurus (Cikgu Nur Lieyana Syuhada binti Md Nazri), Jurulatih MSSJ ( Cikgu Noorhafizah binti Ismail ) dan Penolong Jurulaltih (pn. Nurul Asyikin binti Jalil) dalam membimbing dan melatih anak murid kami sehingga melakar kejayaan untuk pasukan Johor dalam arena bola jarring ini.

Berikut laporan keputusan Kejohanan Bola Jaring P15 MSSJ 2025:

Peringkat Kumpulan:

MSSD JB vs MSSD BATU PAHAT
31- 12 (menang)

MSSD JB vs MSSD KLUANG
39 – 17 (menang)

(JOHAN KUMPULAN)

Suku akhir
MSSD JB vs MSSD TANGKAK
39 – 19 (menang)

Separuh akhir
MSSD JB vs MSSD PASIR GUDANG
15-29 (tewas)

Akhir (tempat ke-3)
MSSD JB vs MSSD BATU PAHAT
32 -17

Alhamdulillah MSSD JOHOR BAHRU menduduki tempat KETIGA dalam Kejohanan Bola Jaeing P15 MSSJ 2025.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda