Tarikh: 23 Jun 2025 (malam)
Tempat: Holiday Villa Beach Resort & Spa Cherating
Sekolah Menengah Islam Hidayah telah menerima dua anugerah berprestij sempena Majlis Anugerah Kecemerlangan anjuran Majlis Pengetua Guru Besar Sekolah-sekolah Islam Malaysia (MPGBSIM) yang berlangsung pada 24 Jun 2025.
Anugerah yang diterima adalah seperti berikut:
- 🏆 Anugerah Cemerlang GPS Terbaik SPM 2023
- 🏆 Anugerah Cemerlang GPS Terbaik SPM 2024
- 🏆 Anugerah Peningkatan Gred Purata Sekolah
Anugerah ini merupakan pengiktirafan atas pencapaian akademik cemerlang pelajar serta usaha berterusan guru-guru dan seluruh warga sekolah dalam meningkatkan mutu pendidikan. Ia turut mencerminkan komitmen sekolah dalam melahirkan generasi berilmu, berakhlak dan berkualiti tinggi selari dengan matlamat pendidikan Islam.
Sekolah Menengah Islam Hidayah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua guru, pelajar, ibu bapa, serta pihak pengurusan atas sokongan yang tidak berbelah bahagi dalam menjayakan misi kecemerlangan ini.
Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin semangat untuk terus maju dalam bidang pendidikan dan membina lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.
“Menuju Kecemerlangan, Menjana Ummah Gemilang”
