SMIHJB | SUKARELAWAN SMIHJB MENJAYAKAN AKTIVITI SAMPAIKAN RISALAH ISLAM (ASRI)*

Sempena Maulid Nabi ﷺ

Alhamdulillah, telah berlangsung Aktiviti Sampaikan Risalah Islam (ASRI) anjuran Rakan Hidayah BJB di bawah Hidayah Centre Foundation Johor, sempena Maulid Nabi ﷺ pada 25 Ogos 2026 (Selasa) bertempat di Hutan Bandar MBJB, dari jam 8.00 pagi hingga 10.00 pagi.

Program bertemakan “Nabi Cinta Mereka, Tapi Mereka Belum Kenal” bertujuan menyambung risalah dakwah Rasulullah ﷺ dengan memperkenalkan Islam kepada masyarakat secara santai, mesra dan berhikmah.

Seramai 14 sukarelawan SMIHJB dibantu oleh team Rakan Hidayah telah terlibat dalam aktiviti ini, termasuk 45 orang masyarakat berbilang kaum yang berjaya ditemubual.

Penglibatan para sukarelawan SMIHJB memberi pengalaman bermakna dalam membina keyakinan diri, kemahiran komunikasi dan keberanian untuk berinteraksi dengan masyarakat daripada pelbagai latar belakang.

Lebih daripada sekadar sebuah aktiviti, ASRI menjadi ruang untuk membentuk generasi muda yang memahami bahawa dakwah bukan hanya tugas golongan tertentu, tetapi amanah yang perlu disambung oleh setiap generasi.

Sesi temu bual bersama 45 orang masyarakat berbilang kaum turut membuka ruang kepada para sukarelawan untuk memahami perspektif masyarakat terhadap Islam, di samping belajar menyampaikan mesej Islam dengan pendekatan yang hikmah, santai dan penuh harmoni.

Semoga usaha ini menjadi asbab terbukanya hati-hati untuk mengenali Islam, serta melahirkan generasi muda yang berani, prihatin dan bersedia memikul amanah dakwah.

“Nabi ﷺ mencintai mereka. Maka, siapa yang akan memperkenalkan mereka kepada Islam?”

#sukarelawanSMIHJB
#khidmahMembinaQuwwah

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda