Koperasi SMIH JB Berhad telah menyertai Seminar Merevolusi Koperasi Melalui Transformasi Digital yang berlangsung selama dua hari pada 19 dan 20 November 2025 (Rabu & Khamis) bertempat di Hotel New York, Johor Bahru. Program ini dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dengan kerjasama Institut Koperasi Malaysia (IKMA)
Koperasi telah menghantar dua orang Ahli Lembaga Koperasi (ALK) dan seorang staf koperasi, iaitu:
- Pengerusi Koperasi
(Pn Seri Juli Emas Wati bt Adnan) - Bendahari Koperasi
(Pn Siti Suhailah Tasmon) - Seorang staf Koperasi SMIH JB Bhd
( Cik Sri Wahyu bt Azman)
Penyertaan ini bertujuan meningkatkan kefahaman mengenai peluang, cabaran serta amalan terbaik dalam transformasi digital khususnya dalam sektor koperasi.
Ringkasan Pengisian Seminar:
Hari Pertama – 19 November 2025 (Rabu)
Program dimulakan dengan Majlis Perasmian oleh wakil Kementerian Pembangunan Usahawan, diikuti pembentangan berkaitan:
Adaptasi teknologi dalam pengurusan dan perancangan koperasi
Transformasi digital dalam meningkatkan kecekapan operasi
Geran & bantuan koperasi melalui inisiatif kerajaan
Sesi minum petang serta sesi rangkaian (networking) bersama koperasi lain
Hari Kedua – 20 November 2025 (Khamis)
Antara sesi yang diikuti:
Perkongsian pengalaman koperasi sahabat yang berjaya melaksanakan inovasi teknologi dalam operasi
Cabaran dan peluang teknologi AI dalam memajukan koperasi masa kini
Pembentangan tentang strategi memanfaatkan automasi, sistem digital dan data bagi meningkatkan prestasi koperasi
Program diakhiri dengan sesi soal jawab dan rumusan pembentangan
Manfaat & Impak kepada Koperasi SMIH JB Bhd
Melalui penyertaan seminar ini, Koperasi SMIH JB Berhad memperoleh beberapa manfaat penting:
Pendedahan menyeluruh mengenai keperluan mendesak transformasi digital untuk kelangsungan koperasi
Pengetahuan praktikal tentang aplikasi teknologi dalam pentadbiran, kewangan, pemasaran dan operasi koperasi
Rangkaian baharu bersama koperasi-koperasi lain seluruh Malaysia untuk perkongsian amalan terbaik
Pemahaman terhadap peluang geran & sokongan kerajaan bagi memperkasa pembangunan koperasi
Koperasi SMIH JB Bhd komited untuk meneruskan usaha meningkatkan kecekapan operasi dan perkhidmatan melalui pendekatan digital. Penyertaan dalam seminar ini merupakan langkah strategik ke arah menjadikan koperasi lebih berdaya saing dan bersedia menghadapi cabaran masa depan.
Disediakan Oleh:
SITI SUHAILAH TASMON
BENDAHARI
Koperasi SMIH JB BHD


