SMIHJB | SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN 2025

Sambutan Bulan Kebangsaan 2025 peringkat Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor Bahru telah dilancarkan pada 12 Ogos 2025 dan melibatkan semua pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4. Sepanjang sambutan, antara aktiviti yang dijalankan ialah Pertandingan Kelas Merdeka yang mendapat penyertaan aktif daripada semua kelas.

Hari kemuncak sambutan telah berlangsung pada 1 Oktober 2025 dengan pelbagai aktiviti menarik seperti Kuiz Kemerdekaan, Melukis Poster Merdeka, Permainan Tradisional, Tarian Tradisional, Gubahan Bunga dan Saji Kreatif. Sambutan para pelajar sangat menggalakkan dan majlis penutup berjalan dengan lancar serta meriah.

Pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada pengetua, Puan Seri Juli Emas Wati binti Adnan, guru-guru penolong kanan, semua guru Ahli Jawatankuasa, guru-guru serta kakitangan bukan akademik yang sentiasa memberikan kerjasama dan sokongan padu bagi menjayakan program ini.

Diharapkan sambutan Bulan Kebangsaan pada tahun akan datang dapat diteruskan dengan lebih meriah dan melibatkan lebih banyak aktiviti yang menarik dan bermanfaat.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda