SMIHJB | PROGRAM MOTIVASI TINGKATAN 5 2023

Pada 2 Jun 2023 sehingga 4 Jun 2023, telah berlangsung program motivasi untuk semua murid tingkatan 5 Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor Bahru.

Alhamduillah, program ini telah dihadiri oleh 153 orang murid dan dilaksanakan dengan jayanya di Savanna Hill Resort, Ulu Tiram.

Program tahunan ini dianjurkan bagi memantapkan sahsiah murid, meneguhkan motivasi murid bagi mencapai kecemerlangan seterusnya juga bagi membina kualiti kepimpinan dalam diri semua murid.

Di samping sesi bersama guru-guru, peserta juga telah bersama penceramah-penceramah jemputan yang hebat serta 3 orang jurulatih utama yang diketuai oleh Ustaz Nik Azam serta 12 orang fasilitator jemputan.

Semoga program kali ini dapat terus membakar semangat peserta serta meningkatkan kesungguhan semua untuk terus mengejar kecemerlangan dalam seluruh aspek kehidupan.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda