Alhamdulillah, selesai sudah Program Kem Tahfiz L1&L2 yang telah berlangsung selama tiga hari bermula 11 hingga 13 November 2026 bertempat di Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor Bahru.
Program ini bertujuan untuk memantapkan bacaan, hafazan, serta memupuk kecintaan mendalam terhadap al-Quran dalam kalangan murid. Pelbagai pengisian bermanfaat seperti slot hafazan berfokus, tasmik individu, klinik tilawah, dan slot target hafazan telah berjaya dijalankan dengan sebaiknya. Dimantapkan lagi Kem Tahfiz kali ini, pertandingan Tilawah Alquran Sifar Kesalahan yang diwakili banin dan banat dari setiap kelas dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 yang diadakan pada hari Jumaat berikut sekaligus merasmikan Majlis Penutup Kem Tahfiz tahun ini yang dirasmikan oleh Puan Pengetua, Ustazah Seri Juli Emas Wati binti Adnan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan Jazakumullahu Khairan Kathiran diucapkan kepada:
🔹 Puan Pengetua atas sokongan padu.
🔹 PK Akademik atas bimbingan dan dorongan.
🔹 Barisan AJK Pelaksana dan semua guru yang bertungkus-lumus menjayakan program ini secara langsung mahupun tidak langsung.
Sabda Rasulullah SAW:
“Sebaik-baik kamu adalah orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya.” (HR al-Bukhari)
Semoga usaha murni ini melahirkan generasi celik al-Quran demi masa hadapan mereka.. aamiin 🤲🏻
#KemTahfiz2026 #GenerasiAlQuran #MemartabatAlQuran #SMIHJBKemTahfiz
Disediakan oleh ;
SHARIAAH BINTI SAIBANY
Penyelaras,
Program Kem Tahfiz 2026.








