Pada 12 Julai – 20 November 2023, Sekolah Menengah Islam Hidayah (SMIH) telah menganjurkan program Bulan Disiplin (BUDI) yang bertujuan untuk membentuk keperibadian mulia dalam kalangan pelajar, meningkatkan rasa kasih sayang dan cinta pelajar kepada sekolah sebagai penyalur pelbagai ilmu dan pendidikan, melahirkan dan membentuk pelajar yang berdisiplin serta peka dengan peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah, memupuk sikap bertanggungjawab pelajar kepada peraturan sekolah dan memberi kesedaran kepada mereka yang melanggar peraturan sekolah merupakan satu kesalahan sama ada ringan, sederhana atau berat berdasarkan kepada jenis pelanggaran.
Program dilancarkan dengan sesi ceramah polis yang disampaikan oleh Pegawai Penyiasat IPD Johor Bahru, Inspektor Norsyahrul Syafsaisyatila Ismail bertajuk Masalah Disiplin Pelajar.
Program diteruskan selama lima bulan dengan pertandingan yang berkaitan dengan disiplin murid seperti:
- Pertandingan Kelas Paling Berdisiplin
- Pertandingan Kelas Kehadiran 100%
- Pertandingan Reka Pantun Disiplin
- Pertandingan Kuiz Buku Disiplin
- Duta Sahsiah
Pemenang-pemenang diumumkan pada sesi penutup program Bulan Disiplin iaitu pada 20 November 2023 dalam sesi perhipmunan mingguan.
Tahniah diucapkan kepada para pemenang pertandingan sepanjang program ini dan semoga objektif program kali ini tercapai dengan jayanya