Pertandingan Catur Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Johor Bahru bagi tahun 2025 telah berlangsung dengan jayanya pada 21 hingga 22 April 2025 bertempat di Dewan Serbaguna Sri Tebrau. Pertandingan ini melibatkan penyertaan daripada 30 buah sekolah menengah sekitar daerah Johor Bahru.
Pertandingan ini diadakan bagi mencapai beberapa objektif utama:
- Mencungkil bakat pelajar dalam sukan catur.
- Mewujudkan semangat kesukanan dan persaingan sihat antara pelajar.
- Memilih wakil daerah Johor Bahru ke peringkat MSSJ.
Seramai 240 orang peserta telah mengambil bahagian yang terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan dalam dua kategori utama:
- Bawah 15 Tahun (Lelaki dan Perempuan)
- Bawah 18 Tahun (Lelaki dan Perempuan)
Berikut ialah pencapaian peserta Sekolah Menengah Islam Hidayah bagi setiap kategori:
L15
No29 Umar danial
No74 Muhammad Khalid
No93 Ammar mujahid
No105 Muhammad thaqeef
L18
No14 hirzan (medal saguhati)
No61 Yusuf
No107 aidi Hafiz
Tidak hadir Faiz Azhar
P15
No47 aulia
No57 qaseh
No58 Sarah
No78 Nadrah
P18
No19 aishah afiqah (medal saguhati)
No59 nuraina
No63 zara
No89 ummi
Secara keseluruhannya, pertandingan ini telah berjaya mencapai objektifnya dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Tahniah diucapkan kepada para pemenang dan semua peserta yang telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi. Ucapan terima kasih juga kepada semua pihak yang telah membantu menjayakan pertandingan ini, khususnya pihak penganjur, Jurulatih, para guru pengiring, dan pengadil yang bertauliah.










